✿ BAHAYA JANGKITAN URINARI BUAT WANITA ✿

Saluran urinari atau saluran kencing adalah sistem yang menghasilkan air kencing dan mengeluarkannya daripada tubuh.Ia termasuklah pundi,buah pinggang dan saluran yang menghubungkannya.Apabila kuman masuk ke dalam sistem ini,ia boleh menyebabkan jangkitan.Terdapat pelbagai nama berbeza bergantung kepada bahagian saluran urinari di mana jangkitan itu berlaku.

PUNDI --> Jangkitan pada pundi juga dikenali sebagai cystitis atau jangkitan pundi.

BUAH PINGGANG --> Jangkitan pada satu atau kedua-dua buah pinggang dikenali sebagai pyelonephritis atau jangkitan buah pinggang.

URETER --> Saluran yang membawa air kencing daripada setiap buah pinggang kepada pundi adalah kawasan yang jarang mendapat jangkitan.

URETHRA--> Jangkitan pada saluran yang mengosongkan air kencing daripada pundi ke luar dikenali sebagai urethritis.Kebanyakan jangkitan saluran urinari adalah jangkitan pundi.Jangkitan pundi biasanya tidak serius jika ia dirawat secepat mungkin.Jika anda tidak mengambil berat jangkitan pundi,ia boleh merebak ke buah pinggang.Jangkitan buah pinggang adalah serius dan boleh menyebabkan kerosakan kekal.

PENYEBAB JANGKITAN

Biasanya,kuman akan memasuki sistem melalui uretra,saluran yang membawa air kencing daripada pundi ke luar tubuh.Kuman biasanya menyebabkan jangkitan ini hidup di luar usus dan ditemui dalam najis.Jika kuman ini dapat masuk ke dalam uretra,ia boleh bergerak sehingga ke dalam pundi dan buah pinggang.Ini akan menyebabkan jangkitan.
Wanita cenderung mengalami jangkitan pundi dibandingkan dengan lelaki.Keadaan ini mungkin disebabkan wanita memiliki uretra pendek.Oleh itu kuman lebih mudah memasuki pundi.Melakukan hubungan seksual boleh memudahkan kuman untuk memasuki uretra.
Anda juga boleh mendapat jangkitan dengan mudah jika tidak meminum air secukupnya,jika anda menghidap diabetis,atau hamil.Peluang mendapat jangkitan pundi adalah tinggi jika anda memiliki sebarang masalah untuk menghalang aliran air kencing daripada pundi.

SIAPA BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN

Air kencing terjadi daripada ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing.Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui uretra (saluran yang paling bawah).Jadi apa-apa yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar,maka senanglah kuman E coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing.Dengan ini akan mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.
Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang,bengkak prostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethral stricture).Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan yang kurang  air.

GEJALA-GEJALA

Anda boleh mendapat jangkitan jika anda memiliki sebarang gejala-gejala berikut :
 ● Rasa sakit atau panas terbakar apabila kencing.
 ● Rasa untuk kencing dengan kerap,tetapi air kencing tidak mahu keluar.
 ● Perut rasa sakit apabila disentuh atau berat.
 ● Kencing berbau busuk atau pekat.
 ● Sakit pada salah satu bahagian belakang di bawah rusuk.Di sini terletaknya buah pinggang anda.
 ● Demam dan rasa sejuk.
 ● Loya dan muntah-muntah.

BILA PERLU JUMPA DOKTOR

Segeralah berjumpa doktor anda dengan secepat mungkin jika anda mendapat jangkitan dan :
 ● Mendapat demam,loya dan muntah-muntah atau sakit pada belakang bawah rusuk.
 ● Menghidap diabetis,masalah buah pinggang atau sistem imun lemah.
 ● Berumur lebih daripada 65 tahun
 ● Hamil

DIAGNOSIS

Doktor akan meminta sample air kencing.Ia kemudiannya akan diuji untuk melihat sama ada ia memiki kuman yang menyebabkan jangkitan pundi.

RAWATAN

Biasanya antibiotik yang diberikan oleh doktor mampu menyembuhkan jangkitan pundi.Adalah dapat membantu jika anda meminum banyak air dan cecair lain agar dapat kerap kencing sekali gus dapat mengosongkan pundi.Jika doktor memberi antibiotik,ambillah seperti yang disarankan.Jangan berhenti mengambilnya hanya kerana anda sudah rasa baik.Anda perlu menghabiskannya agar anda tidak sakit semula.

PENCEGAHAN

Anda boleh mencegah jangkitan daripada berlaku dengan melakukan perkara-perkara berikut :
 ● Minum air dengan banyak setiap hari.
 ● Kerap kencing.Jangan cuba menahannya.
 ● Jika anda seorang wanita,kencinglah selepas melakukan hubungan seksual.
 ● Sentiasa bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda.
 ● Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas anda kencing
 ● Tukar tuala wanita dengan kerap semasa anda datang haid.
 ● Jangan gunakan seluar dalam jenis nilon.
 ● Jangan gunakan spray kebersihan wanita atau douche kerana produk ini boleh merengsakan uretra.

PENGURUSAN SENDIRI

Apa yang boleh anda lakukan?Pertama sekali,anda perlu mendapatkan nasihat doktor jika anda mengesyaki diri dijangkiti jangkitan saluran urinari.
Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku,minumlah lebih banyak air supaya dapat menyingkir keluar bakteria daripada pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
Elak juga daripada mengambil alkohol,kafein,makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor.Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari,berjumpa doktor semula.

SUMBER : mingguan wanita

✿ baru nak update haaaaa.. ✿

Assalamualaikum

fuhhhh..lame giler kot xupdate blog ni..korang pun boleh tengok last post sy tu bile..hehe..tu la..org ade blog kite pun sibuk nk buat blog jugak..tapi sepi je..huhu..ini kira first post sy untuk tahun 2016 ni..Insha Allah sy akan cuba aktif2kan diri untuk update blog ni..tapi..tak janji la..haha..(ade ke orang kesah aku update ke tak?eh,aku pun tak kisah korang kisah ke tak..huwahahaha!!)
ermmm..ok lah..cukup setakat sini dulu..yang lain2 simpan untuk next post pulak..hehe..BYE..BYE..

✿ SELAMAT HARI RAYA! ✿

Assalamualaikum..

hai semua..rasanye x terlewat lagi kot kalau sy nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA pada kwn2 semua..MAAF ZAHIR & BATIN..terima kasih juga kepada sesiapa yg sudi singgah di blog sepi sy ni..ok,byeeeeeeeeeee..hehe